Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Profil Audit
  • Latarbelakang

Latarbelakang

pintu UAD 

Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya pada Ogos 1982 dibawah kepimpinan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Musa Mohamad, Naib Canselor ke-3 Universiti Sains Malaysia (USM) dengan tujuan membantu pentadbiran Universiti dalam menentukan kecekapan dan prestasi program dan operasi. Pada ketika itu, UAD yang dianggotai seramai tujuh (7) orang staf (2 orang Pegawai Kewangan dan dibantu oleh 5 orang staf sokongan) bertanggungjawab sepenuhnya melaporkan fungsinya kepada Naib Canselor.

Selepas penubuhannya, peranan UAD USM telah mengalami beberapa transformasi mengikut perkembangan universiti dan peredaran zaman seperti berikut:

  • Mulai tahun 1998, UAD mula berperanan membantu fungsi Jawatankuasa Audit Universiti (JKA) dan Ketua UAD berperanan sebagai Setiausaha JKA (berdasarkan terma dan rujukan JKA yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UnIversiti) yang bertanggungjawab melaporkan penemuan audit secara fungsional kepada JKA dan secara pentadbiran kepada Naib Canselor. Pada ketika ini, semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam era pengkorporatan, dimana fungsi tadbir urus Majlis universiti telah diambilalih oleh fungsi Lembaga Pengarah Universiti melalui pindaan perlembagaan universiti 1998. Bagi meningkatkan amalan tadbir urus yang baik di IPTA dan badan berkanun, “Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan” bertarikh 21 Julai 1998 (iaitu Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998 (SPA 3/1998)) telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang menggariskan supaya Lembaga Pengarah Badan Berkanun menubuhkan Jawatankuasa Audit melalui suatu resolusi Lembaga dan Ketua Eksekutif Badan Berkanun menubuhkan Unit Audit Dalam. Selaras dengan garispanduan (SPA 3/1998) ini, maka Mesyuarat Lembaga Pengarah USM pada 30 Mei 1998 telah bersetuju menubuhkan JKA.
  • Mulai 6 Februari 2004, tahap profesionalisma fungsi UAD telah dipertingkatkan lagi, dimana UAD telah didaftarkan sebagai Ahli Korporat The Institute Of Internal Auditors Malaysia (IIAM). Oleh itu, ianya perlu senantiasa mengamalkan prinsip dan amalan kod etika IIAM selaras dengan piawaian standard antarabangsa berkaitan perlaksanaan profesionalisma Juruaudit Dalaman yang perlu dilaksanakan secara bebas dan objektif. Seiring dengan itu, struktur perjawatan UAD juga mula dipertingkatkan mulai tahun 2006 dari semasa ke semasa dengan pertambahan bilangan staf daripada tujuh (7) orang kepada lapan belas (18) orang staf (4 orang pegawai kewangan dan 14 orang staf sokongan) dan menyaksikan perubahan fokus pengauditan daripada pengauditan pematuhan kepada pengauditan prestasi/pengurusan.
  • Mulai tahun 2011, peranan UAD telah diperkasakan lagi oleh pengurusan universiti melalui pindaan perlembagaan USM 2009 yang diwartakan pada 1 Februari 2011 dengan meletakkan UAD sebagai entiti penting universiti dalam membantu mempertingkatkan tadbir urus USM. Fungsi Juruaudit Dalaman telah diangkat sebagai pegawai utama Universiti dalam usaha memastikan kebebasan UAD terpelihara dan membantu peranan pengawasan Lembaga Gabenor Universiti melalui Jawatankuasa Audit Universiti. Selain itu, UAD juga mula mengambil pendekatan melaksanakan pengauditan berasaskan risiko dan menyokong pengwujudan polisi dan kerangka pengurusan risiko USM. 

Setelah menjangkau usia 30 tahun penubuhannya, Yang Berbahagia Tan Sri Mustafa Mansur, Pengerusi JKA ke-4 telah mengiktiraf tahap profesionalisma fungsi UAD dalam membantu meningkatkan tadbir urus dan memastikan pengurusan USM mencapai misi dan objektifnya.

Link Quiz

 

dikemaskini pada  :  16/6/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.