Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Audit Kewangan

Audit Kewangan menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan-peraturan kewangan. Ini adalah bagi mengkaji serta menilai samada semua PTJ mematuhi dan melaksanakan perturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi bagi perakaunan dan kawalan dalaman. Audit ini juga memberi penekanan sama ada sistem perakaunan dan rekod-rekod kewangan diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.

AUDIT KEWANGAN

(rujukan: SPA Bil. 3/1998)

1. Merancang dan melaksanakan Audit Kewangan atas kelulusan Jawatankuasa Audit Universiti.
2. Merancang dan melaksanakan Audit Pematuhan yang berkaitan hal-hal kewangan Universiti atas arahan Naib Canselor/Jawatankuasa Audit Universiti.
3. Merancang Audit Khas yang berkaitan dengan hal-hal kewangan Universiti.
4. Menentukan keboleh percayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman kewangan dan pengawasan operasi kewangan.
5. Mengkaji samada wang awam direkodkan dengan tepat dan sempurna.
6. Memastikan aset Universiti direkodkan dengan tepat dan sempurna.
7. Mengemukakan Laporan Audit berkaitan hal-hal kewangan Universiti kepada Jawatankuasa Audit Universiti sebelum dilaporkan kepada Lembaga Gabenor Universiti.
8. Mengemukakan Laporan Audit berkaitan hal-hal kewangan Universiti pihak Universiti untuk diambil tindakan atas persetujuan Jawatankuasa Audit Universiti.
9. Menyelaras tugas Audit Dalam dengan Audit Luar berkaitan hal-hal kewangan Universiti.
10. Merancang dan menguruskan hal-hal kewangan dan belanjawan Audit Dalam.

 

dikemaskini pada : 4/7/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.