Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Audit Pengurusan

Audit Pengurusan menekankan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab pengurusan dalam hal-hal penggunaan wang awam, harta benda, kakitangan dan sumber-sumber lain. Auditan ini merupakan pemeriksaan yang objektif dan analitikal terhadap kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan sumber-sumber yang ada.

AUDIT PENGURUSAN

(rujukan: SPA Bil. 3/1998)

1. Merancang dan melaksanakan Audit Pengurusan atas kelulusan Jawatankuasa Audit Universiti.
2. Merancang dan melaksanakan Audit Pematuhan yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan Universiti atas arahan Naib Canselor/ Jawatankuasa Audit Universiti.
3. Merancang dan melaksanakan Audit Khas yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan Universiti.
4. Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman pengurusan dan pengawasan operasi pengurusan.
5. Mengkaji samada wang awam diuruskan serta digunakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan.
6. Memastikan aset Universiti diuruskan serta digunakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan.
7. Mengemukakan Laporan Audit berkaitan hal-hal pengurusan Universiti kepada Jawatankuasa Audit Universiti sebelum dilaporkan kepada Lembaga Gabenor Universiti.
8. Mengemukakan Laporan Audit berkaitan hal-hal pengurusan Universiti pihak Universiti untuk diambil tindakan atas persetujuan Jawatankuasa Audit Universiti.
9. Menyelaras tugas Audit Dalam dengan Audit Luar berkaitan hal-hal pengurusan Universiti.
10. Merancang dan menguruskan hal-hal pentadbiran serta kebajikan staf Audit Dalam.

 

dikemaskini pada : 4/7/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.