Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Task Force Audit Dalam Fasa II (Persediaan Audit Negara 2018) Di HUSM, Kelantan

Task Force Audit Dalam Fasa II (Persediaan Audit Negara 2018) Di HUSM, Kelantan

Task Force 8

08 Januari 2018 – Task Force Audit Dalam Fasa II telah di adakan di HUSM, Kelantan. Unit Audit Dalam telah dijemput untuk membantu pihak pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) dalam penyediaan membuat prosedur untuk menghadapi pengauditan di HUSM . Task Force ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dalam pengurusan peralatan dan stor di HUSM. Selain itu, ianya juga adalah sebagai persediaan sebelum kehadiran pihak Audit Negara yang akan mengaudit peralatan dan stor di HUSM.

Seramai 8 orang pegawai Audit Dalam , USM telah menghadiri sesi Task Force ini dan ditugaskan untuk membuat penambahbaikan di pusat tanggungjawab.Task Force ini juga melibatkan pegawai-pegawai di peringkat USM dan Kampus Kesihatan.

Penilaian ini bermula pada 8 Januari 2018 – 10 Januari 2018. Sebanyak 24 lokasi telah di audit oleh ahli-ahli yang terlibat dengan Task Force. Hasil penilaian telah dibentangkan kepada Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai pusat tanggungjawab yang terlibat. Mesyuarat penutupan bagi sesi Task Force ini telah diadakan di Dewan Seminar , Aras 2 Blok Pentadbiran Hospital USM, Kelantan.

Teks: Nurkusma Wati /Ahmad Nasir
Gambar: Ibrahim Rapie


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.