Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Pertandingan Boling Tenpin SUKJAP 2018 Kampus Induk, USM

Pertandingan Boling Tenpin SUKJAP 2018 Kampus Induk, USM

Bowling ii

03 Mac 2018 – Unit Audit Dalam telah menghantar satu pasukan boling untuk bertanding dalam "Pertandingan Boling Tenpin SUKJAP 2018". Pasukan boling Audit Dalam ini diwakili oleh Encik Ibrahim Rapie, Encik Ahmad Nasir Azali, Encik Abdul Rahman Shamsudin dan Mohamad Shafuan Zainul Abideen. Pertandingan ini diadakan di Classic Bowling & Cafe, Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Sebanyak  42 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Disebabkan pusat boling ini hanya mampu  menampung sebanyak 26 pasukan dalam satu masa, pertandingan ini  terpaksa diagihkan kepada dua slot iaitu slot pagi dan slot petang. Penyertaan diluar jangkaan ini berlaku kerana pertandingan boling ini adalah julung kalinya diadakan sebagai salah satu acara di dalam SUKJAP USM.  Tambahan pula kehadiran Naib Canselor USM iaitu YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail merasmikan pertandingan boling dan merasmikan SUKJAP 2018 telah membuatkan kebanyakan PTJ dan Jabatan menghantar pasukan seramai mungkin sebagai tanda sokongan dan bagi memeriahkan acara.

Pasukan dari Unit Audit Dalam telah dislotkan di dalam slot petang yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.45 petang . Team Audit Dalam mendapat tempat ke enam . Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Naib Canselor USM merupakan acara kemuncak dan acara terakhir sebelum acara ini ditamatkan sepenuhnya lebih kurang jam 6.00 petang.

Teks: Nurkusma Wati/Ahmad Nasir

 


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.