Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Mesyuarat Agung Tahunan KESAD 2016/2018

Mesyuarat Agung Tahunan KESAD 2016/2018

mesyuarat agung a

22 Februari 2018 – Kelab Staf Audit Dalam (Kelab KESAD) telah menjalankan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sesi 2016/2018. Mesyuarat ini bertujuan supaya ahli jawatankuasa dapat menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti kelab yang telah dijalankan serta pembentangan perbelanjaan sepanjang sesi 2016/2018.

Aturcara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Kelab KESAD, Encik Ibrahim Rapie. Seterusnya ucapan oleh Ketua Audit Dalam Unit Audit Dalam, Encik ‘Ubaidillah Ozmin selaku Penasihat Kelab KESAD. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyampaikan harapan beliau kepada Kelab KESAD serta menceritakan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Kelab KESAD kepada ahli baru .

Seterusnya pembentangan aktiviti kelab disampaikan oleh Puan Nurkusma Wati Zainal Abidin selaku Setiuasaha Kelab KESAD bagi sesi 2016/2018. Aturcara diteruskan dengan sesi pembentangan perbelanjaan yang disampaikan oleh Encik Safarudin Mohd Saaya dan seterusnya pembentangan dari AJK kelab mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2016/2018. AJK KESAD sesi 2016/2018 seterusnya dibubarkan secara rasminya oleh Presiden Kelab sesi 2016/2018, Encik Ibrahim Rapie. Selepas itu aturcara diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru untuk sesi 2018/2020.

Senarai ahli jawatankuasa yang baru sesi 2018/2020 adalah seperti berikut : -

Presiden - Encik Mohd Rodzi Ahmad

Setiausaha Kehormat - Cik Norsharina Din

Bendahari Kehormat - Encik Abdul Rahman Shamsudin

Pengerusi Jawatankuasa

Sukan dan Rekreasi - Cik Norhaidah Abu Bakar

Kebajikan dan Kerohanian - Cik Nur Khaleedah Khalid

Sosial - Encik Mohamad Shafuan Zainul Abideen

Juruaudit - Cik Che Nurul Fatini Che Aman

Selesai sesi perlantikan ahli jawatankuasa baru, majlis diakhiri dengan ucapan dari Presiden Kelab KESAD yang baru dan sedikit jamuan makan. Semoga Kelab KESAD terus maju dan berjaya dalam penganjuran aktivitinya.

Teks: Nurkusma Wati


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.