Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Penanda Aras Universiti Malaysia Sabah - Sistem Dashboard Di Universiti Sains Malaysia

Lawatan Penanda Aras Universiti Malaysia Sabah - Sistem Dashboard Di Universiti Sains Malaysia

UMS i

28 Mei 2018 – Unit Audit Dalam telah menerima lawatan dari Bahagian Audit dalaman ,Universiti Malaysia Sabah. Seramai 3 peserta yang hadir untuk lawatan ini yang terdiri dari Encik Sabarudin Ramli (Ketua Audit Dalam), Encik Aidiezal Awang Jual (Juruaudit Kanan) dan Encik Onnin Osthen Jaunic (Juruaudit) Universiti Malaysia Sabah.

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi membincangkan dan bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran teknikal di dalam bidang pembangunan Sistem Dashboard Audit antara USM dan UMS. Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah :

Penyediaan muka depan dashboard
Kemasukan data
Kelulusan
Rombongan pelawat telah disambut oleh Encik ‘Ubaidillah Ozmin selaku Ketua Audit Dalam. Peserta seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perkongsian ilmu mengenai pembangunan Sistem Dashboard Audit. Pembentangan telah disampaikan oleh Cik Nurul Syafika Nadiah Mohd Zabarudin (Pegawai Teknologi Maklumat) dari Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (USM).Pihak Universiti Malaysia Sabah juga memberikan beberapa cadangan penambahbaikan mengenai Sistem Dashboard kepada Unit Audit Dalam.

Di akhir sesi taklimat tersebut, Encik Sabarudin Ramli telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Unit Audit Dalam, USM yang telah sudi menerima kunjungan mereka dan menjemput pihak Unit Audit Dalam ke Universiti Malaysia Sabah di masa akan datang.

Setelah selesai sesi pembentangan dan perkongsian Sistem Dashboard, sesi bergambar dan pemberian cenderahati telah diadakan sebagai tanda kenangan antara Unit Audit Dalam USM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Hawari

 


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.