Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Universiti Malaysia Kelantan Ke Unit Audit Dalam USM

Lawatan Kerja Universiti Malaysia Kelantan Ke Unit Audit Dalam USM

UMK i

21 Februari 2018 – Unit Audit Dalam telah menerima lawatan dari Universiti Malaysia Kelantan, seramai 13 peserta yang hadir untuk lawatan ini yang terdiri dari kalangan pentadbir Universiti Malaysia Kelantan dan seorang pensyarah pengiring.

Tujuan lawatan diadakan adalah sesi perkongsian isu-isu audit dan amalan terbaik oleh Unit Audit Dalam , Universiti Sains Malaysia.

Rombongan pelawat telah disambut oleh Encik ‘Ubaidillah Ozmin selaku Ketua Audit Dalam. Peserta seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perkongsian ilmu mengenai isu-isu audit dan amalan terbaik yang diamalkan di bahagian Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Ibrahim Rapie.

Setelah selesai sesi pembentangan dan perkongsian ilmu , sesi bergambar dan pemberian cenderahati telah diadakan sebagai tanda kenangan antara Unit Audit Dalam (USM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Teks: Nurkusma Wati 
Gambar: Abdul Hafiizd/Hawari


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.