Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia Ke Unit Audit Dalam USM

Lawatan Kerja Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia Ke Unit Audit Dalam USM

UPM

10 April 2018 – Unit Audit Dalam telah menerima lawatan dari Universiti Putra Malaysia iaitu seramai 13 orang staf yang hadir untuk lawatan ini yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Pegawai Kewangan, Penolong Akauntan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi.

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi :

Membuat penandarasan (benchmarking) terhadap beberapa perkara berkaitan dengan pelaksanaan auditan di Universiti terutamanya berkaitan kertas kerja audit dan perancangan berasaskan risiko yang diamalkan di Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia
Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman berkaitan tugasan pengauditan di jabatan masing-masing
Meningkatkan hubungan kerjasama yang positif antara Bahagian Audit Dalam UPM dan Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia
Rombongan pelawat telah disambut oleh Encik Ibrahim selaku Ketua Juruaudit Dalam, Unit Audit Dalam. Pelawat seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perkongsian ilmu mengenai penyediaan rancangan audit tahunan dan penggunaan e-Working paper di bahagian Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Ibrahim Rapie, Encik Mohd Rodzi Ahmad dan Encik Ahmad Nasir Azali.

Lawatan telah diakhiri dengan lawatan ke Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) di mana semua delegasi dari UPM yang menghadiri lawatan ini telah diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri secara lebih dekat keadaan pameran koleksi prasejarah , kraftangan, perhiasan, senjata dan peralatan berburu Orang Asli dan rangka manusia prasejarah serta sisa dan artifak fauna hasil daripada kajian Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM sejak 1987 hingga terkini. Antara galeri yang terdapat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) ialah Galeri Arkeologi, Galeri Orang Asli dan Galeri Arkeobiologi . Sesi lawatan ini diberi penerangan terperinci oleh pegawai yang bertanggungjawab menyelia galeri tersebut.

Sesi bergambar dan pemberian cenderahati telah diadakan sebagai tanda kenangan antara Unit Audit Dalam USM dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Abdul Hafiizd/Hawari


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.