Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Latihan Siri 1 - Taklimat Kepada Pegawai Pemeriksa Aset Kampus Induk , USM

Latihan Siri 1 - Taklimat Kepada Pegawai Pemeriksa Aset Kampus Induk , USM

Taklimat e

29 Mac 2018 – Satu sesi taklimat “Latihan Siri 1 Kepada Pegawai Pemeriksa Aset, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia” telah diadakan di Dewan Bankuet USM, Bangunan Canselori 2 pada 29 Mac 2018. Latihan siri 1 ini dianjurkan oleh Pejabat Aset dan Operasi Universiti (PAO) dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI), Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Audit Dalam USM. Sesi ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Pemeriksa Aset, Kampus Induk.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Md Osman (KPP Pusat Transformasi Insan), Encik Abd. Rahman Said ( Timbalan Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari), Tuan Hj. Abd Hadi Ahmad (Timbalan Pendaftar ,Pejabat Aset dan Operasi) dan Encik Ibrahim Rapie (Ketua Juruaudit Dalam).

Sesi ini telah memberi pendedahan kepada Pegawai Pemeriksa Aset yang terlibat mengenai :

Tatacara pengurusan aset universiti
Penemuan audit
Tatacara pelupusan aset
Tatacara Kehilangan dan Hapuskira
Latihan ini merupakan salah satu agenda Plan Strategik Tahun 2018 Pengurusan Aset Universiti bagi memastikan semua Pegawai Pemeriksa Aset Kampus lnduk USM menjalankan tugas seperti yang terkandung pada Tatacara Pengurusan Aset Alih.

Teks: Nurkusma Wati 
Gambar: Ibrahim 


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.