Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Jawatankuasa Audit
  • Fungsi Jawatankuasa

Fungsi Jawatankuasa

• Mengkaji keperluan Audit Dalam termasuk piagamnya.

• Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.

• Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaaan, serta penyelarasan di antara Audit Dalam dan Luar.

• Mengkaji laporan daripada Audit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.

• Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.

• Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah.

• Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/staf dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Universiti.

• Memastikan bahawa Universiti sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa.

• Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai staf yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai.

• Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti dari semasa ke semasa.

dikemaskini pada : 16/6/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.