Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Perancangan Audit

PERINGKAT 1:

PERANCANGAN AUDIT

Pada peringkat perancangan audit, juruaudit akan memberitahu, memaklumkan dan berbincang dengan pihak auditee mengenai skop dan objektif pengauditan, mengumpul maklumat mengenai proses-proses utama, menilai sistem kawalan dalaman, dan merancang langkah-langkah pengauditan. Dalam peringkat perancangan, Audit Dalam akan melaksanakan 2 perkara seperti berikut

i.Surat Pengauditan

Auditee akan diberitahu oleh pihak UAD melalui surat pengauditan daripada Ketua Audit Dalam. Surat ini akan menjelaskan skop dan objektif pengauditan, bahan-bahan/dokumen perlu disediakan dan maklumat lain yang berkaitan.

ii.Mesyuarat Pembukaan (Entrance/Opening Conference)

Mesyuarat pembukaan merupakan medium bagi juruaudit dan auditee berbincang mengenai Jabatan/Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau sistem yang akan dikaji, keperluan sumber dan maklumat lain yang berkaitan. UAD juga akan memperkenalkan pegawai-pegawainya yang ditugaskan untuk menjalankan pengauditan kepada auditee. Mesyuarat ini adalah penting bagi memaklumkan auditee mengenai isu-isu atau perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khas untuk ditangani.

dikemaskini pada : 4/7/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.