Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Pelaporan Audit

PERINGKAT 3:

PELAPORAN AUDIT

Produk utama Audit Dalam adalah laporan Audit yang merupakan suatu pandangan atau pendapat yang diberikan oleh juruaudit berdasarkan bukti yang telah dikumpul semasa kerja lapangan (fieldwork).

Pada peringkat ini, penemuan dan cadangan audit akan dibentang dan dibincangkan dengan pihak auditee untuk penambahbaikan, dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit Universiti dan seterusnya auditan susulan dilaksanakan bagi mengesahkan tindakan telah diambil.

1.Draf Laporan Audit

Dalam usaha untuk memudahkan penyampaian dan memastikan bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam draf laporan adalah praktikal, draf laporan dikeluarkan kepada auditee untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pengurusan auditee sebelum UAD membincangkan perkara ini dengan auditee dan sebelum laporan akhir dikeluarkan.

2.Maklumbalas Pengurusan

Auditee diberi peluang untuk memberi maklumbalas ke atas penemuan audit sebelum laporan akhir dikeluarkan.

3.Mesyuarat Penutup/Exit Conference

Apabila draf laporan telah disediakan dan diluluskan, UAD akan mengadakan pertemuan sebagai mesyuarat penutup dengan pihak pengurusan auditee untuk membincangkan penemuan dan cadangan audit yang telah dibangkitkan.

4.Laporan Akhir

Laporan akhir akan disediakan oleh Audit Dalam setelah mengambilkira perkara-perkara seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat penutup atau Exit Conference dan perbincangan yang lain bersama pihak auditee.

5.Mesyuarat Jawatankuasa Audit Universiti

Sebagai sebahagian fungsi UAD dalam memastikan amalan tadbir urus yang baik, laporan akhir akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit Universiti untuk pertimbangan dan kelulusan. Selepas mesyuarat Jawatankuasa Audit Universiti, laporan akhir akan dikeluarkan kepada auditee untuk tindakan yang perlu diambil berkaitan penemuan audit yang telah dibangkitkan.

6.Audit Susulan

Aktiviti terakhir dalam proses pengauditan adalah melaksanakan audit susulan untuk mengesahkan tindakan telah diambil terhadap penemuan laporan audit sebelumnya.

 

dikemaskini pada : 4/7/2022


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.