Proses Kerja Audit
PROSES PENGAUDITAN:
BAGAIMANA AUDIT DALAM MEMBANTU AUDITEE
Penglibatan dan sokongan berterusan daripada semua staf di semua peringkat dalam USM kepada Audit Dalam adalah amat penting. Ini adalah kerana pengauditan yang berkesan dan memberi impak yang besar akan melibatkan perancangan yang baik oleh juruaudit dan juga mereka yang diaudit (iaitu auditee) memahami mengapa dan apa yang Audit Dalam lakukan untuk membantu membina persekitaran pekerjaan dan pengurusan di USM bertambah baik.
Kebanyakan proses pengauditan adalah hampir sama, walaupun begitu setiap pengauditan adalah berbeza, dan kebiasaannya melibatkan tiga peringkat seperti berikut:
1. Perancangan Audit
2. Pelaksanaan Audit
3. Pelaporan Audit
dikemaskini pada : 4/7/2022