Unit Audit Dalam berjaya memperolehi Anugerah Saguhati 5 Daun.
Unit Audit Dalam berjaya memperolehi Anugerah Saguhati 5 Daun.
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) melalui inisiatif Kampus Sejahtera telah menganjurkan Majlis Penarafan Pejabat Hijau 2025 yang digabungkan dengan Peluncuran Smart Drive-Thru Recycling Centre (SDTRC@USM) pada 22 Disember 2025 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk USM.
Majlis yang dianjurkan tersebut bertujuan untuk mengiktiraf komitmen serta pencapaian Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam melaksanakan amalan hijau, di samping mengarusperdanakan agenda kelestarian dalam tadbir urus dan operasi harian universiti.
Majlis penarafan tahun ini menyaksikan pencapaian yang amat memberangsangkan apabila 72 Pusat Tanggungjawab (PTJ) berjaya memperoleh Penarafan 5 Daun, diikuti 32 PTJ menerima 4 Daun, 6 PTJ dengan 3 Daun, 5 PTJ dengan 2 Daun, dan 5 PTJ dengan 1 Daun.
Selain itu, sebanyak 10 PTJ juga turut menerima Anugerah Projek/Program/Inisiatif Lestari Berimpak Tinggi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan inovatif mereka dalam memperkukuh agenda kelestarian universiti.
JuruAudit Dalam Kanan, Encik Ahmad Nasir Azali selaku pengerusi dan penyelaras projek kelestarian Unit Audit Dalam telah memainkan peranan yang penting untuk mengetuai dan menyelaras inisiatif-inisiatif yang telah diambil untuk memastikan Unit Audit Dalam dapat memenuhi kehendak penarafan yang ditetapkan dan seterusnya telah berjaya memperolehi anugerah saguhati 5 Daun.
Tahniah diucapkan.
