TAKLIMAT FUNGSIAN SIRI 1: PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) PEMANTAPAN PROSES BAYARAN: PANJAR WANG RUNCIT PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB
15 Julai 2025 | Pulau Pinang – Jabatan Bendahari Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu Taklimat bersama PTJ di bawah Latihan Fungsian Bayaran kepada Staf PTJ melibatkan staf dari Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
Program yang berlangsung di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa ini merupakan Siri 1 yang memberi fokus khusus kepada topik Pengurusan Panjar Wang Runcit. Seramai 109 orang staf telah menghadiri sesi ini, yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kecekapan dalam menguruskan wang panjar supaya lebih sistematik dan berintegriti.
Salah satu slot utama dalam program ini adalah sesi perkongsian khas daripada Unit Audit Dalam USM, bertajuk “Penemuan Audit Dan Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Panjar Wang Runcit”. Perkongsian ini menyentuh pelbagai aspek hasil daripada Penarafan Pemeriksaan Mengejut yang telah dilaksnakan oleh Audit Dalam pada tahun 2024 melibatkan 112 PTJ di seluruh kampus. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Ibrahim bin Rapie, Timbalan Ketua Audit Dalam USM. Selain itu, beliau juga berkongsi pengalaman serta memberi penekanan terhadap kepatuhan prosedur kewangan demi memastikan integriti dan ketelusan dalam urusan kewangan universiti.
Program seperti ini diharap dapat memperkasakan peranan staf kewangan PTJ dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan dalam pengurusan kewangan harian.

Teks: Ibrahim Rapie / Ahmad Anas Ismail
Gambar: Safarudin Mohd. Saaya