Latihan Kawad Kebakaran di Bangunan C15, Jabatan Canselori
Latihan kawad kebakaran ini telah dijalankan bersama pejabat Pusat Kokurikulum (Ko-K) di Bangunan C15, Jabatan Canselori pada 22 Disember 2025 jam 2.30 petang.
Unit Audit Dalam dan pejabat Pusat Kokurikulum (Ko-K) telah mengadakan latihan kawad kebakaran sebagai sebahagian daripada inisiatif keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kakitangan staf tentang prosedur keselamatan serta memastikan keberkesanan tindakan semasa situasi kecemasan sebenar.
Latihan yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) melibatkan pergerakkan keluar dan pemindahan kakitangan keluar dari bangunan. Semua Staf dilatih untuk mengikuti laluan kecemasan yang ditetapkan dan berkumpul di kawasan selamat iaitu di Kawasan padang di belakang Bangunan C15, Jabatan Canselori.
Latihan ini mendapat kerjasama baik daripada pihak yang terlibat, iaitu Jabatan Keselamatan, USM yang turut memberikan taklimat mengenai proses pergerakkan dan pemindahan kakitangan keluar dari bangunan masing-masing.
Tahniah kepada pasukan Unit Audit Dalam telah berjaya mematuhi garis panduan masa berkumpul dalam tempoh hanya 2 minit. Pencapaian ini menunjukkan kecekapan pasukan dalam menguruskan masa dan mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu di bawah 5 minit.
Dengan latihan ini, UAD berharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan komuniti kerja masing-masing.
