Sambutan Bulan Kemerdekaan di Unit Audit Dalam
“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera” menjadi tema sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, membawa mesej perpaduan, semangat patriotik dan tanggungjawab bersama dalam membina negara bangsa yang berdaya tahan.
Unit Audit Dalam USM turut menyahut seruan ini dengan mengadakan aktiviti pengibaran Jalur Gemilang di ruang pejabat bagi menzahirkan semangat kebangsaan dan memupuk semangat cintakan tanah air di kalangan warga kerja.
Semoga dengan bulan sambutan Hari Kemerdekaan ini, warga Unit Audit Dalam terus mengekalkan semangat perpaduan, integriti dan cinta terhadap negara, seiring dengan visi USM sebagai universiti APEX yang unggul di persada dunia.
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Teks: Ahmad Anas
Gambar: Ahmad Anas / Abdul Rahman / Shafuan / Nurul Alwani