PENYAMPAIAN SUMBANGAN INFAQ – MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF
PENYAMPAIAN SUMBANGAN INFAQ – MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF



Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan inisiatif sumbangan infaq kepada golongan fakir miskin sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan serta memupuk semangat keprihatinan dan amalan bersedekah dalam kalangan warga universiti. Inisiatif ini telah dilaksanakan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat).
Sumbangan ini dilaksanakan melalui kutipan infaq daripada staf bagi tujuan pembelian beras seberat 5 kg untuk diagihkan kepada penerima yang memerlukan. Sebanyak 40 kampit beras telah disasarkan bagi menjayakan inisiatif ini.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Unit Audit Dalam dalam menyemai nilai kebajikan, menggalakkan budaya saling membantu serta meringankan beban golongan yang memerlukan. Inisiatif ini juga diharap dapat menyemarakkan semangat infaq dan sedekah dalam kalangan warga universiti, khususnya dalam usaha membina masyarakat yang prihatin dan saling menyokong.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menjadi amalan kebajikan yang berterusan.
Berita dan Foto oleh Mohd Fuad Bin Abdul Rahman, Juruaudit.