PENYAMPAIAN INFAQ BULAN REJAB – MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF
Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan dari pegawai-pegawai Unit Audit Dalam kepada penerima-penerima yang terdiri dari fakir miskin dikalangan kakitangan kontraktor pembersihan yang bertugas di Kampus Induk, USM. Majlis ini telah diadakan pada 9 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di lobi pejabat Unit Audit Dalam.
Seramai 30 orang telah menerima sumbangan berupa beras. Sumbangan beras ini adalah inisiatif yang telah diambil oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Dalam bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung oleh kakitangan kontraktor pembersihan. Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Dalam telah menyasarkan golongan kakitangan kontraktor pembersihan yang kebanyakannya terdiri dari kalangan warga emas, golongan ibu tunggal dan golongan asnaf miskin bandar. Aktiviti-aktiviti bantuan sumbangan seumpama ini akan diteruskan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Dalam ke atas kumpulan sasaran ini terutamanya ketika bulan Ramadhan dan pada musim perayaan. Disamping itu juga, aktiviti ini adalah selari dengan SDG 2 dalam Pelan Kelestarian Universiti.
Penyampaian sumbangan kepada penerima dikalangan fakir miskin di Unit Audit Dalam




Teks dan Foto disediakan oleh Mohd Fuad Bin Abdul Rahman