Mesyuarat Agung Tahunan KESAD 2018/2020
25 Februari 2019 – Kelab Staf Audit Dalam (Kelab KESAD) telah menjalankan mesyuarat Agung Kali Kesembilan bagi sesi 2018/2020. Mesyuarat ini bertujuan supaya ahli jawatankuasa dapat menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti kelab yang telah dijalankan serta pembentangan perbelanjaan sepanjang sesi 2018.
Aturcara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Kelab KESAD, Encik Mohd Rodzi Ahmad.
Seterusnya pembentangan aktiviti kelab disampaikan oleh Cik Norsharina Din selaku Setiuasaha Kelab KESAD bagi sesi 2018/2020. Aturcara diteruskan dengan sesi pembentangan perbelanjaan yang disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Shamsudin dan seterusnya pembentangan dari AJK kelab mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2018.
Selesai sesi pembentangan dari AJK kelab, majlis diakhiri dengan ucapan dari Presiden Kelab KESAD dan diadakan sedikit jamuan makan untuk semua ahli kelab. Semoga Kelab KESAD terus maju dan berjaya dalam penganjuran aktivitinya.
Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Mohamad Shafuan/Abdul Hafiizd