Skip to main content

Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI UNIT AUDIT DALAM

6 Mac 2026 bersamaan 16 Ramadhan 1447

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Unit Audit Dalam, USM telah mengadakan satu majlis secara ringkas  Sumbangan Aidilfitri yang telah berlangsung di perkarangan ruang legar Pejabat Unit Audit Dalam, USM.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas untuk persediaan menyambut Hari Lebaran yang bakal disambut tidak lama lagi telah disampaikan kepada 39 penerima sumbangan yang terdiri dari kakitangan syarikat kontraktor pembersihan yang bertugas di Kampus Induk yang kebanyakannya terdiri dari golongan asnaf seperti ibu tunggal, OKU dan juga warga emas serta golongan yang berpendapatan rendah.

Aktiviti majlis sumbangan aidilfitri ini adalah aktiviti yang kedua susulan dari aktiviti pertama iaitu sumbangan beras sempena program Infaq Ramadhan kepada kumpulan sasaran yang sama yang telah diadakan pada awal Januari tahun ini.

Menurut Ketua Audit Dalam, Puan Zanita Binti Zakaria, aktiviti-aktiviti seumpama ini akan diteruskan dan ia sebahagian daripada komitmen berterusan Unit Audit Dalam untuk menyantuni golongan yang memerlukan dalam persediaan menyambut Syawal serta sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima.

Beliau menambah golongan ini akan dijadikan kumpulan sasaran  oleh Unit Audit Dalam dan beliau memuji komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan Unit Audit Dalam yang secara sukarela mengumpulkan sumbangan dalam bentuk wang tunai bagi menjayakan program-program yang telah dilaksanakan.

Berita dan Foto oleh Mohd Fuad Bin Abdul Rahman, Juruaudit.