Skip to main content

Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Sistem Pengauditan e-selfaudit Secara Tahunan

Mulai tahun 2024, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan pendekatan baharu dengan melaksanakan pengauditan e-SelfAudit secara tahunan terhadap agensi kerajaan, badan-badan berkanun termasuk syarikat yang telah diwartakan. 

Sistem ini merupakan satu inisiatif digital yang dibangunkan secara dalaman oleh JAN di bawah Projek Pendigitalan Perkhidmatan JAN (PPJ).

Pengauditan menerusi Sistem e-SelfAudit ini dibangunkan berteraskan kepada prinsip ketelusan dan akauntabiliti di mana badan lain termasuk syarikat memberi maklum balas terhadap pencapaian objektif penubuhan syarikat, amalan tatakelola dan prestasi kewangan syarikat.

Melalui Sistem e-SelfAudit, pengauditan dapat dilaksanakan secara 100% terhadap badan lain termasuk syarikat yang diwartakan berdasarkan maklum balas beserta dokumen sokongan yang dimuatnaik. Ini akan membolehkan JAN melaksanakan pemantauan dan penilaian prestasi badan lain termasuk syarikat secara menyeluruh dan berkala ke arah pemantapan tatakelola.

Ketua Audit Negara mempunyai kuasa untuk mengaudit badan lain termasuk syarikat yang menerima jaminan kewangan daripada Persekutuan atau Negeri. Pengauditan ini tidak hanya tertakluk kepada syarikat induk tetapi juga syarikat subsidiari di bawah syarikat induk berkenaan.Sistem e-Selfaudit