Kursus Simulasi Pembangunan Sistem (Software)
7 Ogos 2018: Bertempat di Kelas AV aras 4 Pusat Pengajian Sains Komputer, telah diadakan satu kursus ICT kepada hampir 14 orang staf Unit Audit Dalam dari Kampus Induk. Kursus ini yang bertajuk “Simulasi Pembangunan Sistem (Software)” , anjuran Unit Audit Dalam, telah disampaikan oleh Dr. Sharifah Mashita Syed Mohammad dan Dr. Bahari Belaton, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer.
Ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran staf Unit Audit Dalam untuk memastikan pembangunan sistem mengikut standard terkini serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang kursus dan gerak kerja individu dan berkumpulan. Semoga kursus simulasi ini dapat memberikan gambaran dan pengetahuan berkaitan pembangunan sistem (software) kepada semua Juruaudit dan Penolong Juruaudit.
Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Abdul Hafiizd/Hawari