Skip to main content

Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Kursus "High Impact Powerpoint Presentation"

 

 IMG 1701

20hb Februari 2018: Bertempat di Bilik Makmal 2 PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka, telah diadakan satu kursus ICT kepada hampir 18 orang staf Unit Audit Dalam dari Kampus Induk. Kursus ini yang bertajuk “High Impact Powerpoint Presentation” , anjuran Unit Audit Dalam, telah disampaikan oleh Encik Mohammad Syafiq Abdul Aziz, Penolong Pendaftar. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran staf Unit Audit Dalam menghasilkan “High Impact Powerpoint Presentation” slaid menggunakan perisian Powerpoint.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang dua hari kursus dan gerak kerja individu dan berkumpulan. Ini termasuk setiap kumpulan mencipta slide presentation secara berkumpulan, menghasilkan slide yang menarik dengan infografik yang professional dan setiap staf dikehendaki membentangkan slide masing-masing. Semoga kursus seperti ini dapat juga dilaksanakan kepada PTJ lain di dalam USM atau mana-mana pihak yang berhasrat mempertingkatkan kemahiran membuat slide untuk pembentangan mesyuarat di organisasi mereka.

Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Abdul Hafiizd/Hawari