Skip to main content

Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

Kejohanan Bowling Santai KESAD

kesad01

Tarikh: 21 Jun 2025, Sabtu
Tempat: Ole-Ole Superbowl, Mydin Bukit Mertajam
Masa: 2.00 hingga 5.30 petang

Bagi mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerja berpasukan, satu Kejohanan Bowling Santai telah berjaya dianjurkan oleh KESAD pada 21 Jun 2025 bersamaan hari Sabtu. Program ini berlangsung di Ole-Ole Superbowl, Mydin Bukit Mertajam dan telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan seramai 25 orang peserta, termasuk ahli keluarga staf.

Sepanjang program, suasana penuh semangat dan gelak tawa menceriakan lorong-lorong bowling. Selain menjadi platform santai, aktiviti ini turut memupuk gaya hidup sihat dan memperkukuh hubungan profesional serta kekeluargaan dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

Kejohanan ini telah menyaksikan aksi para peserta dengan kumpulan Encik Nasir dinobatkan sebagai Johan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,594, diikuti oleh kumpulan Encik Shafuan sebagai Naib Johan dengan 1,521 pin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Encik Rahman dengan 1,373 pin. Tempat keempat dan kelima pula masing-masing disandang oleh kumpulan Encik Ibrahim dan kumpulan Encik Afizal dengan mencatatkan 1,254 dan 1,247 jatuhan pin. Hadiah pertandingan telah disumbangkan oleh pihak kelab sebagai tanda penghargaan atas semangat dan penyertaan yang ditunjukkan.

Semangat kesukanan yang dipamerkan amat dihargai dan semoga program seperti ini terus menjadi medan perpaduan serta kegembiraan bersama warga staf audit dalam dan keluarga.

Teks dan Gambar : Abdul Rahman Shamsudin