Bengkel Penulisan Laporan Audit
Bengkel Penulisan Laporan Audit
Pada 9 April 2026 yang lalu, Jawatankuasa Latihan, Unit Audit Dalam USM telah menganjurkan satu Bengkel Pemantapan Penulisan Laporan Audit. Penceramah untuk bengkel latihan fungsian ini adalah Encik Ibrahim Bin Rapie, Timbalan Ketua Audit Dalam, USM. Seramai 20 pegawai termasuk staf pelaksana merangkap juruaudit auditor dalaman telah terlibat dengan bengkel ini.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dalam penulisan laporan audit dan penyediaan penemuan audit serta memberikan syor cadangan audit ke atas setiap penemuan tersebut.



