Skip to main content

Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN & KEROHANIAN JUN - JULAI 2025

SUMBANGAN KEBAJIKAN

Aktiviti ini diadakan sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan tanggungjawab sosial untuk membantu kakitangan yang sedang menghadapi kesukaran, selaras dengan nilai kebersamaan diantara ahli KESAD.

Ila

Puan Suhaila telah menerima sumbangan daripada ahli KESAD berbentuk wang tunai sebagai tanda keprihatinan atas kehilangan ahli keluarganya baru-baru ini. Penyerahan sumbangan ini bertujuan meringankan beban emosi dan kewangan yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

Fadli

Sumbangan juga telah diberikan kepada En.Fadli yang terlibat dalam kemalangan dan sedang dalam proses pemulihan. Beliau telah menerima sumbangan berupa wang tunai hasil kutipan daripada semua ahli KESAD. Penyerahan sumbangan ini dilakukan di kediaman beliau, sebagai tanda sokongan moral dan kewangan untuk membantu beliau dalam tempoh pemulihan ini.

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit keceriaan kepada Puan Suhaila dan Encik Fadli. Aktiviti seumpama ini akan diteruskan bagi membantu mereka yang memerlukan pada masa hadapan.

MAJLIS BACAAN YASSIN

Majlis bacaan Surah Yasin telah diadakan pada 4 Julai 2025 sebagai salah satu usaha Biro Kebajikan dan Kerohanian untuk memperkukuhkan nilai keagamaan dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan kakitangan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan ringkas daripada pengerusi majlis, diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh Encik Afizal selaku tekong bacaan.

yassin

Semua kakitangan yang hadir mengambil bahagian secara aktif dalam majlis ini dengan suasana yang penuh khusyuk dan tertib. Majlis bacaan Surah Yasin ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan dalam urusan kerja seharian, selain mendoakan kesejahteraan seluruh warga organisasi.

Teks dan Gambar: Abdul Hafiizd bin Ibrahim