Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Universiti Sultan Zainal Abidin Ke Unit Audit Dalam USM

Lawatan Kerja Universiti Sultan Zainal Abidin Ke Unit Audit Dalam USM

UniSZA 1

14 - 15 Ogos 2018 – Unit Audit Dalam telah menerima lawatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), seramai 11 peserta yang hadir untuk lawatan ini yang terdiri dari kalangan pentadbir Universiti Sultan Zainal Abidin .

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi membincangkan dan bertukar-tukar pengalaman antara Unit Audit Dalam USM dan Universiti Sultan Zainal Abidin antaranya ialah :

Rancangan Audit Tahunan (RAT)
Pelaksanaan audit berkaitan Audit Prestasi
Pelaksanaan audit berkaitan Hospital USM
Sistem pengurusan fail ausdit USM / Isu-isu pemantapan Unit Audit Dalam
Pengurusan kenderaan USM
Rombongan pelawat telah disambut oleh Encik ‘Ubaidillah Ozmin selaku Ketua Audit Dalam. Peserta seterusnya dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi perkongsian ilmu mengenai pelaksanan audit, isu-isu pemntapan audit dan amalan terbaik yang diamalkan di bahagian Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Ibrahim Rapie, Encik Mohd Rodzi Ahmad Encik Ahmad Nasir Azali dan Puan Norliyana Mohd Akil.

Setelah selesai sesi pembentangan dan perkongsian ilmu , sesi bergambar dan pemberian cenderahati telah diadakan sebagai tanda kenangan antara Unit Audit Dalam (USM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Teks: Nurkusma Wati 
Gambar: Mohamad Shafuan/Abdul Hafiizd


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.