Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Unit Audit Dalam USM Ke Bahagian Audit Dalam UMS

Lawatan Kerja Unit Audit Dalam USM Ke Bahagian Audit Dalam UMS

UMS a

29 Oktober 2018 - Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Ketua Juruaudit Dalam  iaitu Encik Ibrahim Rapie bersama dengan 13 orang pegawai dan kakitangan beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam UMS pada 29 Oktober 2018. Delegasi dari USM telah disambut oleh Encik Sabarudin Ramli bersama dengan 7 orang pegawai dan kakitangan beliau yang lain.

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah :

Meningkatkan lagi keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan fungsi dan tugas pengauditan dengan IPTA lain.
Mempelajari, berkongsi pengalaman dan membandingkan peranan dan tanggungjawab Audit Dalam di antara IPTA lain dan USM. Selain itu dapat mempelajari dan berkongsi pengalaman berkaitan proses pengauditan dan kaedah/teknik penulisan laporan audit yang baik.
Mempelajari amalan terbaik proses pengauditan yang dipraktik oleh IPTA lain.
Menjalinkan hubungan kerjasama antara IPTA dan USM serta dapat menjalinkan hubungan dan mengeratkan ukhuwah.
Perkongsian berkaitan Rancangan Audit Tahunan (RAT) UMS telah disampaikan oleh Encik Aidiezal Awang Jual iaitu Juruaudit Kanan yang mengetuai Sektor Auditan Pengurusan Audit Dalam UMS. Perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran dan pendedahan kepada warga Unit Audit Dalam USM tentang kaedah penilaian yang dilaksanakan sebelum pemilihan tajuk rancangan audit tahunan.

Di samping itu, Encik Onnin Osthen bin Jonet@Mohd Rafie Jaunic selaku ketua bagi Sektor Auditan Kewangan Bahagian Audit Dalam UMS pula telah berkongsi tentang Auditan Indeks Akauntabiliti (IA). Berdasarkan perkongsian yang serba ringkas, Encik Onnin memberi sedikit gambaran berkaitan pemilihan kebarangkalian (likelihood) untuk kawalan IA, sebagai contoh bagi elemen latihan kakitangan, audit akan melihat kepada latihan kakitangan yang belum mencapai peratusan latihan minimum bagi setiap PTJ, manakala bagi elemen belanja tahunan, audit akan melihat kepada laporan prestasi mengikut PTJ berkaitan belanja tahunan. Bahagian Audit Dalam UMS akan memberi fokus kepada penarafan IA yang memberi impak kepada Universiti.

Seterusnya perkongsian ilmu diteruskan dengan perkongsian berkaitan Pengauditan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) UMS oleh Cik Nanie Suridah binti Othman yang merupakan satu-satunya Juruaudit yang memegang jawatan gred W41 dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Perkongsian dimulakan dengan menceritakan sedikit latar belakang berkaitan Audit ICT. Audit sistem/ICT dijalankan bagi memeriksa kawalan dalaman persekitaran sistem automasi pemprosesan sistem maklumat dan bagaimana sistem tersebut digunakan. Audit Sistem Maklumat secara umumnya menilai sistem input, output dan kawalan pemprosesan pelan sokongan dan pemulihan, keselamatan sistem dan juga pemilihan kemudahan komputer.  Auditee utama bagi audit ICT UMS adalah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) yang memberi khidmat sokongan teknikal kepada UMS.

Justeru itu, para pegawai Unit Audit Dalam telah dibawa melawat Muzium UMS bagi melihat koleksi bahan pameran dan artifak yang penuh dengan nilai sejarah dan simbolisme kepada UMS. Seterusnya para pegawai Unit Audit Dalam dibawa ke Muzium Perubatan di bawah seliaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS yang memberi pendedahan umum tentang struktur tubuh manusia kepada pegawai Unit Audit Dalam. Sesi terakhir pegawai Unit Audit Dalam di bawa melawat ke Akuarium & Muzium Marin UMS yang menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni.

Pihak Unit Audit Dalam, USM berharap dengan lawatan kerja ini dapat memberi peluang kepada pegawai-pegawai Bahagian Audit Dalam UMS untuk saling mengenali serta dapat mewujudkan jaringan perkongsian maklumat terutamanya berkaitan aspek pengauditan bersama dengan pegawai-pegawai Bahagian Audit Dalam UMS.

Teks: Nurkusma Wati/Abdul Rahman/Che Nurul Fatini 
Gambar: Aidiezal Awang Jual


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.