Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Unit Audit Dalam USM Ke Bahagian Audit Dalam UIAM, UPM dan UKM

Lawatan Kerja Unit Audit Dalam USM Ke Bahagian Audit Dalam UIAM, UPM dan UKM


UIAMUKM UPM

10 Ogos 2022 – Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Audit Dalam iaitu Encik ‘Ubaidillah Ozmin bersama dengan 8 orang pegawai dan kakitangan beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam Universiti Islam Antarabangsa pada 10 Ogos 2022, Universiti Putra Malaysia pada 11 Ogos 2022 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 12 Ogos 2022. Delegasi dari USM telah disambut oleh Puan Hajah Ainun Mardziyah Haji Hassan dari UIAM, Encik Sharul Azman Ramli dari UPM dan Encik Ishak Md Saboo dari UKM bersama dengan pegawai dan kakitangan beliau yang lain.

Objektif lawatan kerja ini diadakan adalah :
i. Penggunaan COSO Framework dalam kerja audit
ii. Pengauditan Sumber Manusia
iii. Quality Assessment Review

Pihak Unit Audit Dalam, USM berharap dengan lawatan kerja ini dapat memberi peluang kepada pegawai-pegawai Bahagian Audit Dalam UIAM, UPM dan UKM untuk saling mengenali serta dapat mewujudkan jaringan perkongsian maklumat terutamanya berkaitan aspek Quality Assessment Review bersama dengan pegawai-pegawai Bahagian Audit Dalam UIAM, UPM dan UKM.

 

Teks: Norliyana / Nurkusma Wati
Gambar: Hawari


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.