Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Lawatan Kerja Unit Audit Dalam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia (USM)

Lawatan Kerja Unit Audit Dalam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke Unit Audit Dalam Universiti Sains Malaysia (USM)

UTM

28 Oktober 2022 (Jumaat) - Unit Audit Dalam telah menerima lawatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), seramai 5 peserta yang hadir untuk lawatan ini yang terdiri daripada :

1. Puan Norhaida binti Hamdan – Timbalan Ketua Audit Dalam
2. Puan Mayuzei binti Ujang – Juruaudit
3. Puan Rosmaniza binti Haron – Juruaudit
4. Cik Siti Nurranisah binti Abd. Rahim – Juruaudit
5. Puan Nurulsakina Binti Saffif – Pembantu Setiausaha Pejabat

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi membincangkan dan melihat dengan lebih dekat lagi sistem Dashboard Audit USM yang dibangunkan sendiri oleh pegawai Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) iaitu Cik Nurul Syafika Nadiah Mohd Zabarudin (Pegawai Teknologi Maklumat).

Beliau juga turut hadir bagi sama-sama untuk membentangkan dan berkongsi mengenai sistem tersebut di samping Encik ‘Ubaidillah Ozmin (Ketua Audit Dalam) dan Encik Ahmad Anas Ismail (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan).

Selain itu, sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Norliyana Mohd Akil (Juruaudit Dalam Kanan) berkenaan pelaksanaan Quality Assessment Review (QAR) di Unit Audit Dalam (USM).

Wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga membuat perkongsian berhubung pelaksanaan Quality Assessment Review (QAR) di Unit Audit Dalam (USM).

Setelah selesai sesi pembentangan dan perkongsian ilmu , sesi bergambar dan pemberian cenderahati telah diadakan sebagai tanda kenangan antara Unit Audit Dalam (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Teks: Abdul Rahman / Nurkusma Wati
Gambar: Ahmad Anas 


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.