Unit Audit Dalam  |  Kampus Induk

  • Home
  • Aktiviti & Hebahan
  • Aktiviti
  • Info@Audit
  • Kursus Pentadbiran & Pengurusan Stor - Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Audit

Kursus Pentadbiran & Pengurusan Stor - Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Audit

PSR 6

27 Julai 2020 – Satu sesi “Kursus Pentadbiran & Pengurusan Sukan, Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia” telah diadakan di Pusat Sukan Rekreasi USM, pada 27 Julai 2020. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Sukan Rekreasi dengan kerjasama Unit Audit Dalam dan Pusat Transformasi Insan (PTI). Sesi ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Pemeriksa Aset, Pusat Sukan Rekreasi.

Taklimat berkenaan Penemuan Audit di pusat tanggungjawab dan Pengurusan Aset telah disampaikan oleh Encik Ibrahim Rapie (Timbalan Ketua Audit Dalam), Sistem Kawalan Dalaman disampaikan oleh  Dr. Mohd Rodzi Ahmad ( Juruaudit Dalam Kanan) dan Pengurusan Stor dan Kenderaan disampaikan oleh Encik Ahmad Nasir Azali (Juruaudit Dalam).

Sesi ini telah memberi pendedahan kepada pegawai Pusat Sukan Rekreasi dalam menguruskan kewangan dengan lebih cekap dan berkesan serta membantu pegawai Pusat Sukan Rekreasi dalam meningkatkan pengurusan kewangan, pengurusan aset dan pengurusan stor & kenderaan.

Teks: Nurkusma Wati
Gambar: Ahmad Nasir


Dasar Keselamatan    |    Penafian   |   Peta Laman    


Hubungi Kami

UNIT AUDIT DALAM, Bangunan C15, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 - 653 5260 
Fax : +604 - 654 5263 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  icon admin

Hak Cipta © 2022 Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia.